Salam daripada admin woop-pa, di sini admin akan terangkan apa itu virus dan antivirus.
Dari segi zahirnya kita tahu bahawa:
Virus - Merupakan aplikasi perosak sistem yang hadir menerusi external source atau data-data luar seperti pendrive, memory card, phone cable dan lain-lain.
Antivirus - Merupakan program untuk melindungi komputer/laptop dan media-media lain yang berkenaan daripada serangan virus.
Dan dari segi batinnya pula:
Virus itu sebenarnya hadir dari antivirus itu sendiri. Sebagaimana yang admin tahu, kalau tiada virus, mana lagi pencipta-pencipta antivirus ni nak cari makan? Jadi, developer-developer dan pengasas antivirus ni pun lahirkan lah benih-benih virus bermula dari yang kecil hingga lah yang paling besar dan dasyat sehinggakan mampu merosakkan luar dan dalam sesebuah komputer. Jika anda sendiri lihat di pasaran, berapakah harga bagi satu produk antivirus yang original? Mungkin mencecah 300 hingga RM500 mengikut kadar pertahanan dan sifat-sifat lain seperti premium, home, basic, starter dan lain-lain lagi.
Jika anda nak tahu, admin sendiri tidak pernah install apa-apa antivirus semenjak beli laptop ni. Sampai sekarang masih okay dan tak pernah lagi masuk bengkel. Hehe
Terpulang kepada anda kerana anda berhak dan sbb anda berhak lah anda ada hak nak buat apa saja dan admin cuma ingin berkongsi pengetahuan.
Sekian
-Admin-



No comments:
Post a Comment