Terdapat satu perkara dan masalah bagi pengguna Streamyx yang menjadi isu dan boleh dikatakan besar jugak lah masalah ni.
Apakah masalah yang dihadapi?
Internet kadang-kadang tak boleh guna atau terus tak boleh guna tetapi bila telefon orang TM, diorang kata internet masih berjalan lancar dan bil juga masih sampai.
Tahu kenapa?
Orang yang tidak amanah telah menceroboh modem anda. Golongan ini dipanggil Internet ISP Stealer. Mereka menceroboh modem dengan mudah dan mengambil data-data peribadi ISP (Internet Service Provider). Data-data tersebut merupakan ID dan Password Streamyx account. Selepas mereka berjaya mengambil data-data tersebut, mereka akan menukar password anda dan automatically anda akan hilang talian internet. Mudah bukan?
Program yang digunakan meraka adalah seperti "Angry IP Scanner". Program ini dapat mengesan IP pengguna streamyx, melalui web browser. Dan login screen modem akan tertera.
Apa perlu anda lakukan?
Senang sahaja. Tukar Password Modem anda. Selalunya modem yang dijual, default password adalah seperti, 'tmadmin', 'tmuser' dan 'admin' . Tukar kepada password yang lebih rumit dan biarkan password itu senang diingat. Jangan memberitahu password modem tersebut kepada sesiapa.
Sekian dari saya
-Admin Woopa-


No comments:
Post a Comment