22 Dec 2012

Sejarah Kereta

Revolusi Automotif - Sejarah

Pada tahun 1950-an kereta turbin gas dikatakan menjadi kegilaan pengguna kereta pada jangka masa yang singkat sahaja. Hanya beberapa pengeluar kereta seperti Rover dan Chrysler. Mereka mencipta beberapa prototaip. Walaubagaimanapun, unit kuasa kereta ini sangat terhad, penggunaan bahan api yang amat tinggi dan kelembapan enjin menyebabkan pengeluaran kereta ini dihentikan. 



Kereta berenjin sudah lama popular sejak mula diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Mercedes-Benz dan Citroen. Enjin diesel lebih menjimatkan berbanding enjin yang menggunakan petrol. Kelemahan utamanya pula ialah ia menghasilkan toksid di dalam gas ekzos, maka pengeluar kini mula memasang penapis bagi membuang toksid tersebut.

Kereta elektrik dianggap unggul kerana motor selektrik yang senyap berbanding bunyi bising enjin petrol. Kelebihan tersebut telah dihapuskan dengan penciptaan peredam bunyi. Setelah itu kereta berenjin pembakaran dalaman mempunyai kelebihan utama:

  •      Jarak perjalanan yang panjang
  •      Tenaga yang tinggi (Berat petrol yang jauh lebih ringan berbanding berat bateri.

      
      Kebanyakan kereta hari ini menggunakan enjin pembakaran dalaman jenis petrol atau diesel, yang dikenal pasti menjadi puncai pencemaran udara serta disalahkan sebagai penyumbang utama kepada perubahan iklim serta pemanasan global. Kos bahan api berasaskan petroleum yang semakin meningkat, undang-undang yang semakin keta serta had bagi gas rumah hijau adalah factor utama kepada pembangunan sumber kuasa baru bagi kereta. Usaha bagi menambah baik atau menggantikan teknologi sedia ada termaksuklah pembangunan kereta kacukan, serta kereta elektrik dan kereta hidrigen yang tidak melepaskan bahan pencemar di dalam udara.




Ringankan Komputer/Laptop anda

Teknik ini khas untuk pengguna 'Windows' sahaja!

DELETE TEMP DATA
Temp data merupakan data yang wujud dari winrar ataupun buffering video yang pernah kita lawati. Setiap data yang kita tekan dan tidak di muat turun automatically akan termasuk ke dalam folder Temp ni. Jadi, untuk meringankan kadar prestasi hard disk anda, cuba delete data-data di dalam Temp folder tu.

Sekarang tekang Start Button. >> Computer >> Local Disk (C:) >> Users >> "Nama Computer anda" >> AppData >> Local >> Temp

Ctrl + A dan tekan button Delete. Selesai




Pulut Hitam Putihkan Wajah

Kepada wanita yang inginkan kulit wajah yang tegang dan putih 

Photo: Setiap wanita pasti inginkan kulit yang cerah dan menawan

1 Ambil sedikit beras pulut hitam kemudian digoreng tanpa minyak sehingga cukup masak. 
Tumbuk beras pulut hitam tersebut hingga halus. 
2 Setelah menjadi serbuk ambil sedikit air suam dan campurkan sekali hingga menjadi pekat. 
3 Setelah itu sapukan ke wajah dan biarkan kering. Anda akan rasa seperti mana orang menggunakan masker wajah dan kulit terasa tegang. 


Sekiranya diamalkan seminggu tiga kali insya-Allah wajah akan sentiasa tegang dan kulit kelihatan putih. Pengguna tidak perlu risau kerana bahan yang digunakan tidak mengandungi kimia sepert mana penggunaan kosmetik lain. Selamat mencuba.

5 Senaman efektif mengempiskan perut


  • SENAMAN PERTAMA
Imbangi badan menggunakan jari kaki dan lengan (atau tapak tangan) selama satu minit, sambil menahan perut ke dalam dan memastikan bahagian belakang badan tegak.

  • SENAMAN KEDUA
Berdiri dengan kaki jarak, lutut separa bengkok, tangan di belakang kepala dan siku di sisi. Tegakkan kaki kiri sambil mengangkat kaki kanan, bengkokkan lutut dan selarikan paha dengan lantai. Tahan kaki, pusingkan badan ke arah kanan sejauh dan selama mana mampu. Mulakan kembali pada bahagian sebelah pula. Lakukan sebanyak sepuluh kali pada setiap bahagian.

  • SENAMAN KETIGA
Berdiri dengan kaki jarak, lutut separa bengkok, tangan di belakang kepala dan siku disisi. Angkat kaki kanan, bengkokkan lutut, dan selarikan paha dengan lantai.Tahan kaki, bengkokkan badan ke arah kanan, sehingga siku dan lutut bertemu. Tukar bahagian, ulangi dan lakukan sebanyak sepuluh kali pada setiap bahagian.

  • SENAMAN KEEMPAT
Berdiri dengan kaki jarak, lutut separa bengkok, tangan di punggung. Angkat kaki kanan, bengkokkan lutut, selarikan peha dengan lantai dan lenturkan kaki. Tegakkan kaki kanan, tekan tumit kiri ke lantai, sambil membawa badan ke belakang sejauh mana yang mampu. Kembali ke posisi lutut yang dibengkokkan dan ulangi sebanyak lima kali. Tukar bahagian dan ulangi proses yang sama.

  • SENAMAN KELIMA
Berdiri dengan kaki jarak, lutut separa bengkok, tangan di atas kepala dengan tapak tangan menghadap keluar. Angkat kaki kanan, bengkokkan lutut, dan selarikan paha dengan lantai. Tahan kaki, angkat tangan ke atas da bawa badan anda sehingga bertemu dengan lutut sehampir yang mampu. Mulakan kembali, tukar bahagian dan ulangi selama sepuluh kali

Fakta tentang Ultraman Gaia

1 Rata-rata raksasa dalam siri Ultraman Gaia berasal dari Planet Bumi sendiri, bukan menceroboh dari planet-planet luar seperti dalam siri-siri Ultraman yang lain. 

2 Juga tidak seperti dalam siri-siri Ultraman yang lain, raksasa musuh Ultraman gaia tidak datang secara sukarela untuk menakluk bumi. Mereka dipaksa oleh Zogu, entiti yang turut dikenali sebagai 'Root of Destruction'.

3 Walaupun Gaia adalah watak utama, Ultraman Agul seringkali muncul membuat penampilan. kedua-dua watak dilihat mempunyai perbezaan yang ketara.




Besi buruk boleh jadi Lamborgini

Seorang lelaki dari China, telah berjaya mencipta 'Lamborgini' buatan sendiri. Pada asalnya hanya sebuah van dan besi buruk. Saksikanlah



Katanya walaupun tidak mampu memiliki kereta sport yang sebenar tetapi dengan cara ini juga telah merialisasikan impiannya untuk memiliki kereta mewah tersebut.

Wahai pengguna setia antivirus

Salam daripada admin woop-pa, di sini admin akan terangkan apa itu virus dan antivirus.


Dari segi zahirnya kita tahu bahawa:

Virus - Merupakan aplikasi perosak sistem yang hadir menerusi external source atau data-data luar seperti pendrive, memory card, phone cable dan lain-lain.

Antivirus -  Merupakan program untuk melindungi komputer/laptop dan media-media lain yang berkenaan daripada serangan virus.

Dan dari segi batinnya pula:

Virus itu sebenarnya hadir dari antivirus itu sendiri. Sebagaimana yang admin tahu, kalau tiada virus, mana lagi pencipta-pencipta antivirus ni nak cari makan? Jadi, developer-developer dan pengasas antivirus ni pun lahirkan lah benih-benih virus bermula dari yang kecil hingga lah yang paling besar dan dasyat sehinggakan mampu merosakkan luar dan dalam sesebuah komputer. Jika anda sendiri lihat di pasaran, berapakah harga bagi satu produk antivirus yang original? Mungkin mencecah 300 hingga RM500 mengikut kadar pertahanan dan sifat-sifat lain seperti premium, home, basic, starter dan lain-lain lagi.

Jika anda nak tahu, admin sendiri tidak pernah install apa-apa antivirus semenjak beli laptop ni. Sampai sekarang masih okay dan tak pernah lagi masuk bengkel. Hehe

Terpulang kepada anda kerana anda berhak dan sbb anda berhak lah anda ada hak nak buat apa saja dan admin cuma ingin berkongsi pengetahuan.

Sekian
-Admin-


Buat duit sambil online facebook

Salam 1 Malaysia. Apa khabar pembaca blogger, adakah korang sihat? Okay, admin nak tanya, apa korang buat selain online facebook? Oh. Youtube, twitter, baca blog. Boleh buat duit tak dengan tngok youtube n semua tu? Hehe kalau tak, mari Admin tunjuk korang salah satu website dan cara untuk buat duit. Tak perlu keluar modal.

Teknik yang admin nak war warkan adalah ptc, Ptc ni merupakan cara atau method yang digunakan untuk membuat duit, iaitu Pay-Per-Click. Kerja tengok iklan je. Jumlah bayaran setiap iklan amat rendah iaitu dari $0.0001 hingga $0.02. Nampak sikit kan? Ya, memang sikit kalau kita sorang saja yang buat kerja ni. Terdapat beberapa cara untuk luaskan atau membesarkan nilai earning tu seperti strategi referral dan downline.

Referral dan Downline

Referral dan downline ni adalah orang yang akan menjadi orang bawah kita. Terdapat dua pilihan, direct referral ataupun rental referral. Direct referral merupakan orang yang mendaftar di bawah link kita manakala rental referral adalah downline yang disewa kita dengan bayaran dan caj-caj tertentu.

PTC website yang 100% bayar dan dipercayai : Neobux

Banyak function terdapat dalam Neobux ni salah satu contoh: Adprize
Adprize merupakan lucky draw ataupun dipanggil cabutan bertuah. Ikut tuah dan nasib. Kalau bernasib baik, hadiah-hadiah yang akan diperolehi adalah seperti dalam list berikut:

$0.25
$0.50
$1.00
$2.00
$10.00
$20.00
$50.00
Gold Member ($90.00)

Dan beberapa point hadiah yang tidak tersenarai.

Tekan button untuk register Neobux sekarang:



Kalau dah sampai kt website tu, sekarang cari button Register. 
Ok. Kemudian korang akan nampak ruangan register macam kat bawah ni:


Username: Masukkan Username korang.

Password: Password mesti rumit dan senang diingat oleh korang. Antara 7 - 20 angka. Dan taip kali kedua kt ruangan Password confirmation.

Email: Masukkan email yang available. Yang korang selalu guna, nanti diorang akan mintak code. So, korang leh jumpa code tu kat inbox korang nanti. 

Payza/Paypal Email: Yang ni kalau korang dah ada account Paypal, korang leh masukkan email paypal korang. Kalau takde, guna je email korang tadi.

Birth Year: Tahun Lahir *contoh: 1992

Verification Code: Taip code yang tertera kt sebelah kanan box tu. *WFAKQ*

Kemudian, tick kt petak kecik tu dan klik 'continue'




Ini banner admin, walaupun tak seberapa, tetapi ia tetap bernilai dan sekadar memenuhi masa lapang je da boleh buat duit. Bende ni memang betul-betul berfaedah. Dah korang pun patut mencuba.

Kelas Bahasa Cina - Part 1

Soalan: Ni hao ma? 你好吗?
Jawapan: Wo hen hao/Hao 我很好

Bermaksud: Apa khabar dan jawapannya khabar baik.

Soalan: Ni jiao shen me ming zi? 你叫什么名字?
Jawapan: Wo de ming zi shi "nama anda". 我的名字是 "....".

Bermaksud: Apa nama kamu dan nama saya ialah "nama".

Soalan:
Ni duo da nian ji le? 你多大年纪了?
Jawapan: Wo jin nian "umur anda" sui. 我今年"..."岁

Bermaksud: Berepa umur kamu? dan saya berumur "umur" tahun.

Soalan:
Ni zhu zai na li? 你住在哪里?
Jawapan: Wo zhu zai "negeri anda tinggal". 我住在 "..."

Bermaksud: Di mana kamu tinggal dan saya tinggal di "negeri".



Tamat Kelas Bahasa Cina. Jumpa lagi di kelas Part 2 yang akan datang!




.


Internet kena Hack?!

Terdapat satu perkara dan masalah bagi pengguna Streamyx yang menjadi isu dan boleh dikatakan besar jugak lah masalah ni.

Apakah masalah yang dihadapi?
Internet kadang-kadang tak boleh guna atau terus tak boleh guna tetapi bila telefon orang TM, diorang kata internet masih berjalan lancar dan bil juga masih sampai.

Tahu kenapa?
Orang yang tidak amanah telah menceroboh modem anda. Golongan ini dipanggil Internet ISP Stealer. Mereka menceroboh modem dengan mudah dan mengambil data-data peribadi ISP (Internet Service Provider). Data-data tersebut merupakan ID dan Password Streamyx account. Selepas mereka berjaya mengambil data-data tersebut, mereka akan menukar password anda dan automatically anda akan hilang talian internet. Mudah bukan?

Program yang digunakan meraka adalah seperti "Angry IP Scanner". Program ini dapat mengesan IP pengguna streamyx, melalui web browser. Dan login screen modem akan tertera.

Apa perlu anda lakukan?
Senang sahaja. Tukar Password Modem anda. Selalunya modem yang dijual, default password adalah seperti, 'tmadmin', 'tmuser' dan 'admin' . Tukar kepada password yang lebih rumit dan biarkan password itu senang diingat. Jangan memberitahu password modem tersebut kepada sesiapa.

Sekian dari saya
-Admin Woopa-


22-Disember-2012 : Selamat Datang!


Selamat datang diucapkan kepada anda yang sudi singgah serta mengunjung kt blog ni. Anda boleh cari informasi, tips, tutorial dan macam-macam lagi kt blog ni. Dan jangan lupa follow. Banyak lagi yang akan menanti anda. Salam dari saya, -Admin Woop-pa blogspot-