22 Dec 2012

Sejarah Kereta

Revolusi Automotif - Sejarah

Pada tahun 1950-an kereta turbin gas dikatakan menjadi kegilaan pengguna kereta pada jangka masa yang singkat sahaja. Hanya beberapa pengeluar kereta seperti Rover dan Chrysler. Mereka mencipta beberapa prototaip. Walaubagaimanapun, unit kuasa kereta ini sangat terhad, penggunaan bahan api yang amat tinggi dan kelembapan enjin menyebabkan pengeluaran kereta ini dihentikan. 



Kereta berenjin sudah lama popular sejak mula diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Mercedes-Benz dan Citroen. Enjin diesel lebih menjimatkan berbanding enjin yang menggunakan petrol. Kelemahan utamanya pula ialah ia menghasilkan toksid di dalam gas ekzos, maka pengeluar kini mula memasang penapis bagi membuang toksid tersebut.

Kereta elektrik dianggap unggul kerana motor selektrik yang senyap berbanding bunyi bising enjin petrol. Kelebihan tersebut telah dihapuskan dengan penciptaan peredam bunyi. Setelah itu kereta berenjin pembakaran dalaman mempunyai kelebihan utama:

  •      Jarak perjalanan yang panjang
  •      Tenaga yang tinggi (Berat petrol yang jauh lebih ringan berbanding berat bateri.

      
      Kebanyakan kereta hari ini menggunakan enjin pembakaran dalaman jenis petrol atau diesel, yang dikenal pasti menjadi puncai pencemaran udara serta disalahkan sebagai penyumbang utama kepada perubahan iklim serta pemanasan global. Kos bahan api berasaskan petroleum yang semakin meningkat, undang-undang yang semakin keta serta had bagi gas rumah hijau adalah factor utama kepada pembangunan sumber kuasa baru bagi kereta. Usaha bagi menambah baik atau menggantikan teknologi sedia ada termaksuklah pembangunan kereta kacukan, serta kereta elektrik dan kereta hidrigen yang tidak melepaskan bahan pencemar di dalam udara.




Ringankan Komputer/Laptop anda

Teknik ini khas untuk pengguna 'Windows' sahaja!

DELETE TEMP DATA
Temp data merupakan data yang wujud dari winrar ataupun buffering video yang pernah kita lawati. Setiap data yang kita tekan dan tidak di muat turun automatically akan termasuk ke dalam folder Temp ni. Jadi, untuk meringankan kadar prestasi hard disk anda, cuba delete data-data di dalam Temp folder tu.

Sekarang tekang Start Button. >> Computer >> Local Disk (C:) >> Users >> "Nama Computer anda" >> AppData >> Local >> Temp

Ctrl + A dan tekan button Delete. Selesai




Pulut Hitam Putihkan Wajah

Kepada wanita yang inginkan kulit wajah yang tegang dan putih 

Photo: Setiap wanita pasti inginkan kulit yang cerah dan menawan

1 Ambil sedikit beras pulut hitam kemudian digoreng tanpa minyak sehingga cukup masak. 
Tumbuk beras pulut hitam tersebut hingga halus. 
2 Setelah menjadi serbuk ambil sedikit air suam dan campurkan sekali hingga menjadi pekat. 
3 Setelah itu sapukan ke wajah dan biarkan kering. Anda akan rasa seperti mana orang menggunakan masker wajah dan kulit terasa tegang. 


Sekiranya diamalkan seminggu tiga kali insya-Allah wajah akan sentiasa tegang dan kulit kelihatan putih. Pengguna tidak perlu risau kerana bahan yang digunakan tidak mengandungi kimia sepert mana penggunaan kosmetik lain. Selamat mencuba.