22 Dec 2012

Sejarah Kereta

Revolusi Automotif - Sejarah

Pada tahun 1950-an kereta turbin gas dikatakan menjadi kegilaan pengguna kereta pada jangka masa yang singkat sahaja. Hanya beberapa pengeluar kereta seperti Rover dan Chrysler. Mereka mencipta beberapa prototaip. Walaubagaimanapun, unit kuasa kereta ini sangat terhad, penggunaan bahan api yang amat tinggi dan kelembapan enjin menyebabkan pengeluaran kereta ini dihentikan. 



Kereta berenjin sudah lama popular sejak mula diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Mercedes-Benz dan Citroen. Enjin diesel lebih menjimatkan berbanding enjin yang menggunakan petrol. Kelemahan utamanya pula ialah ia menghasilkan toksid di dalam gas ekzos, maka pengeluar kini mula memasang penapis bagi membuang toksid tersebut.

Kereta elektrik dianggap unggul kerana motor selektrik yang senyap berbanding bunyi bising enjin petrol. Kelebihan tersebut telah dihapuskan dengan penciptaan peredam bunyi. Setelah itu kereta berenjin pembakaran dalaman mempunyai kelebihan utama:

  •      Jarak perjalanan yang panjang
  •      Tenaga yang tinggi (Berat petrol yang jauh lebih ringan berbanding berat bateri.

      
      Kebanyakan kereta hari ini menggunakan enjin pembakaran dalaman jenis petrol atau diesel, yang dikenal pasti menjadi puncai pencemaran udara serta disalahkan sebagai penyumbang utama kepada perubahan iklim serta pemanasan global. Kos bahan api berasaskan petroleum yang semakin meningkat, undang-undang yang semakin keta serta had bagi gas rumah hijau adalah factor utama kepada pembangunan sumber kuasa baru bagi kereta. Usaha bagi menambah baik atau menggantikan teknologi sedia ada termaksuklah pembangunan kereta kacukan, serta kereta elektrik dan kereta hidrigen yang tidak melepaskan bahan pencemar di dalam udara.




No comments:

Post a Comment